i guess suzie knows that im in this 'gloomy' mood the past days.
thanks sis.. this will definitely cheer me up.
love u much.
Sheila Majid akan mengadakan konsert bersama IJN Foundation untuk mengutip dana membantu pesakit jantung di Malaysia. Dengan sasaran jumlah kutipan tiket RM1.2juta, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah adalah antara tetamu yang telah mengesahkan tempat di konsert Ratu Jazz Malaysia ini. Konsert ini akan berlangsung pada 1 & 2 Februari 2008 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Memetik kata-kata Sheila Majid
"Sebagai seorang insan sempurna dan ibu kepada empat orang anak, saya tersentuh melihat pesakit-pesakit yang ada di sini terutamanya bayi dan kanak-kanak. Inilah masanya kita menyumbang dan menghulurkan bantuan untuk mereka. Bayangkan, masih ramai lagi yang tidak mampu menerima rawatan kerana masalah kewangan. Ini satu usaha yang patut menjadi contoh untuk semua artis & lapisan masyarakat. Kita bukan sekadar berhibur, tetapi mengingati mereka yang kurang bernasib baik. Nikmati hiburan tanpa prejudis".