Thursday, May 29, 2008

kak long - my pride & joy

CITRA - BERITA HARIAN, 28-Mei-2008

pride anjur tarian sihat
oleh Hidayah Mohammad

Pesakit dan bekas penghidap barah payu dara digalakkan sertai pelbagai program bagi kurangkan tekanan

Melihat lenggok penuh gemalai seseorang penari, ada kalanya hati terdetik mampukah kita melakukan sebaik penari berkenaan atau sekurang-kurangnya mengikut setiap langkah walaupun tidak selembut mereka. Hakikatnya, menari bukan saja satu bentuk hiburan, tetapi jika diamalkan setiap hari boleh menjadi rutin senaman yang mampu meningkatkan kecergasan dan kesihatan.

Itulah yang dilakukan sekumpulan wanita yang selama ini tidak pernah terbabit dalam sebarang persembahan tarian, tetapi perubahan hidup dilalui selepas disahkan menghidap barah payu dara menyebabkan mereka melihat dunia dari sudut berlainan.

Sementara itu, bekas pesakit Pride yang menyertai aktiviti Dance with Pride, Long Rubah Uda Nagu 47, berkata aktiviti sebegitu dapat meningkatkan motivasi di kalangan pesakit dan juga bekas pesakit untuk menikmati kehidupan bermutu seperti wanita lain.

“Kebanyakan pesakit termasuk saya yang menghidap penyakit ini pernah beranggapan tiada jalan penyelesaian untuk kembali sihat seperti orang lain. Dengan menyertai program anjuran Pride, sekali gus membuka minda bahawa pesakit tidak terkecuali daripada mengikuti aktiviti luar yang menyeronokkan.

“Aktiviti tarian yang diperkenalkan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. Selain menyegarkan badan, kita juga dapat mempelajari pelbagai langkah tarian yang tidak pernah dicuba sebelum ini,” katanya yang berasal dari Perak.

Long Rubah yang juga pengurus sebuah syarikat swasta berkata, aktiviti berkenaan juga secara tidak langsung mengubah pandangan pesakit yang beranggapan mereka tidak boleh melakukan aktiviti luar.

****

she was interviewed back in April 2008. currently she still in her medication and treatment. hope everything is alright with her. insya'Allah, i will always be right here when you need me.

get well soon dearest sis..!

No comments: